JENIS & KESAN


GANJA

Nama saintifik tumbuhan ini adalah Cannabis Sativa. Kanabis/ganja merupakan sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat. ia juga dikenali sebagai marihuana marijuana dan dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Marigaungo yang bermaksud bahan memabukkan.

Nama Jalanan
Weed, Pot, Grass, Reefer, Mary Jane, Joint, Roach atau Nail, Blunt.

Jenis-jenis

1. Kanabis Herba
Dikenali sebagai Ganja, Majuana/Grass, Pot/Wee, Bhang, Kit, Takrouri dan Dagga. ia merujuk
kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok Cannabis yang dikeringkan dan kadang-kadang  
dijadikan dalam bentuk blok atau sate. ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan.

2. Resin Getah Kanabis (Hashih, Charas)
Resin/getah kanabis atau hashish adalah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpul, dikering atau
dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk ataupun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin.
Warna serbuk atau blok muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

3. Minyak Hashiah
Merupakan minyak tar dan dihisap bersama rokok atau ganja. ia diperoleh melalui proses kimia yang dijalankan berulang kali ke atas ganja atau hashish. ia tidal larut dalam air dan menjadi bertambah pekat apabila terdedah kepada udara.

Kesan dan Akibat 

1. Paru-paru - radang paru-paru, barah paru-paru, sakit dada dan lelah
2. Bahagian otak - kurang daya kawalan keseimbangan, kurang daya ingatan
mudah marah dan gila
3. Jantung - kadar denyutan meningkat, mengubah fungsi jantung dan aliran darah terjejas
4. Hati - menekan pengeluaran enzim dan hati
5. Organ pembiakan - pengeluaran hormon tertosterone (lelaki) merosot dan ketidakseimbangan serta haid tidak menentu, bilangan ovari kurang dan lemah daya penyusuan.



DADAH OPIAT

 
 
Jenis-jenis

  1. Candu : Dihasilkan daripada getah buah  popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman.
  2. Heroin : Serbuk putih pahit. dihasilkan daripada pemprosesan morfin.
  3. Morfin : Sejenis alkaloid yang diperoleh daripada pemprosesan candu mentah
  4. Kodein : Bahan alkaloid yang wujud secara semulajadi dalam candu serta dihasilkan daripada morfin.
Nama Jalanan
  • Candu : Black Stuff, Opium, Madat dan Tar
  • Heroin : Fit, Fun, Tepung, Barang, Cik Putih
  • Morfin : M, White Powder, Monkey, Morpho
  • Kodein : Ubat batuk

Kesan Penyalahgunaan Dadah Opiat

  • Kegagalan jantung
  • Jangkitan penyakit seperti HIV atau AIDS, radang hati (Hepatitis), Myocarditis (jangkitan kuman pada jantung), otak bernanah dan lain-lain
  • keletihan, kemurungan, kecelaruan mental, ingin bunih diri dan keresahan.
  • loya dan muntah, pening, sakit kepala, gatal, mulut kering, miosis, sembelit dan retensi kencing.
  • halunisasi, delirium, hypotermia, jantung lemah atau terlalu laju, otot kaku, sawan, sistem imun yang lemah dan sembelit berpanjangan.

Rawatan dan Pemulihan Dadah Opiat

  • Rawatan terapi gantian menggunakan dadah sintetik seperti methadone, subuxone, Levo-Alpha-Acetyl-Methadol dan Naltrexone. ia disokong dengan Program Bimbingan dan Kaunseling serta intervensi psikososial yang lain.
  • Rujuk kepada Pegawai Antidadah di pejabat AADK berhampiran tempat anda untuk medapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.



DADAH STIMULANT (ATS)



PENGENALAN

Amphetamine -Type Stimulants (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah perangsang yang bertindak ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). Ia merupakan jenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan-bahan kimia.

Nama Jalanan

  • Methamphetamine (syabu, ice, yaba)
  • Amphetamine (bennis, benz)
  • Cocaine (coke, snow, blow, toot)
  • Crack (base, sugar block, roxanne)
Jenis-jenis
  • Amphetamine
  • Methhamphetamine
  • Ecstacy
Kesan Penyalahgunaan ATS
  • Kurang selera makan, kehilangan berat badan
  • pergerakan badan tidak terkawal
  • tekanan darah meningkat
  • Tingkah laku ganas
  • Kecenderungan membunuh diri
  • Kurang kawalan  emosi
Tanda-tanda overdose - menggigil, sentiasa bergerak, bernafas dengan pantas, panik halusinasi, ganas, muntah, cirit birit, loya, denyutan jantung tidak stabil dan sawan.



 DADAH DEPRESEN



PENGENALAN

  • Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang iatu tidak sedarkan diri bila diambil secata berlebihan.
  • Dalam bidang perubatan, dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang, meredakan kesakitan, dan untuk tidur lena. walau bagaimanapun, ia telah disalahgunakan oleh para penagih dadah.
Nama Jalanan
Downers, Dormi, Ludes, Blues, Goofball, Red Devil, Blue Devil, Yellow Jackets, Yellow Bullets, Pink Ladies, Christmas Trees, Phennies dan Peanuts.

Jenis-jenis
Pil tidur dan Transkuiliser (Dormicum, Seconal, Nembutal, Smytal, Quaalude, Miltown, Norcet, Placidyl, Valium, Librium, Tauxene, Ativan, Xanax dan Serax.


 Tanda-tanda Penyalahgunaan Dadah Depresen
  •  Mengantuk
  • Kelam-kabut
  • Tiada koordinasi (keseimbangan badan)
  • Menggeletar
  • Percakapan yang tidak jelas
  • Kadar tekanan yang tinggi
  • Pernafasan yang pendek serta anak mata menjadi besar 

Kesan Penyalahgunaan Dadah Depresen
  • Kebimbangan
  • Tekanan
  • Episod psikotik
  • Keletihan yang kronik
  • Tidak dapat tidur
  • Perubahan penglihatan
  • Cenderung untuk membunuh diri
  • Pergantungan memerlukan lebih banyak dadah untuk mendapatkan kesan yang sama dan gejala putus dadah yang teruk (withdrawal syndrome).

DADAH HALUSINOGEN



Pengenalan

Halusinogen adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria (sensory perception) dan pandangan visual. Ia menyebabkan ilusi sehingga amat susah membezakan antara yang benar dan yang tidak benar.

Nama Jalanan

LSD (A, Acid, Blotter, Microdots dan Windowpane)
PCP (Angel Dust atau Angel Mist)
Psilosibin (Mushrooms atau Magic Musfrooms)
Rohypnol (R-2, Roofies, Roaches dan The Rape Drug)
GHB (Liquid Ecstacy, Liquid X atau Georgia)
 
Jenis-jenis Halusinogen



JENIS-JENIS HALUSINOGEN
SIFAT FIZIKAL / KEGUNAAN
LSD (Lysergic Acid Diethylamide)
-       Serbuk habluran tidak berwarna/berbau dan larut dalam air dan alcohol
-       LSD dijumpai dalam bentuk cecair, serbuk atau dititik ke atas gula dadu, gelatin atau kertas blotter
DMT (Dimenthyltryamine)
Habluran tidak berwarna
PCP (Phencyclidine, ‘Angel Dust’)
Kegunaan secara sah sebagai ubat pelali binatang
Meskalin
Kegunaan upacara keagamaan oleh Indian Amerika
Psilosibin & Psilosin
-       Serbuk putih / larutan jernih tidak berbau
-       Kegunaan upcara keagamaan oleh Indian Amerika


Tanda-tanda Penyalahgunaan Halusinogen

  • Berkhayal atau mudah terangsang
  • Euphoria
  • kadar denyutan nadi yang tinggi
  • tidak dapat tidur dan halusinasi
Kesan Penyalahgunaan Halusinogen

  • kurang pertimbangan dan koordinasi boleh menyebabkan risiko kecederaan yang tinggi
  • tingkah laku ganas
  • Paranoia (tidak mempercayai orang lain secara keterlaluan)
  • tertekan
  • kebimbangan


INHALAN



Pengenalan
 
Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang  mudah meruap (volatile) dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.

Kumpulan Inhalan

Pelarut/Cecair - cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam, dakwat pen.
Bahan Gas - pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten, nitrus oksida
Aerol - pemetik api, pewangi, penyembur rambut, penyembur pelindung fabrik
Bahan Nitrik - Climax, poppers, rush, locker room

Kesan Penyalahgunaan Inhalan

Kesan Serta-Merta
  • Berhalusinasi
  • Rasa mual dan pening
  • Nafas tidak sekata
  • Fizikal tidak seimbang serta tidak mampu berdiri
  • Emosi tidak Stabil
  • Kehilangan deria sakit
Kesan Jangka Panjang
  •   Kerosakan sel-sel otak (hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan, kemurungan)
  • kerosakan organ utama badan (paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang)
  • Oksigen darah kekurangan
  • Gangguan penglihatan, buta
  • menghidu inhalan berkepekatan tinggi boleh mengakibatkan kegagalan jantung dan kematian mengejut

Mengenali Penagihan Inhalan
  • Bau nafas yang pelik atau bahan kimia pada pakaian
  • pertuturan kurang jelas
  • penampilan seperti orang mabuk atau pening
  • kesan cat atau bahan seumpamanya di muka, tangan atau pakaian
  • mata berair, merah, berkaca dan hidung berair
  • bintik merah dan pecah-pecah





No comments:

Post a Comment