TIPS



Mengenali Penagih Dadah

Anda akan melihat perubahan yang tiba-tiba ini pada perangai anak anda atau orang yang anda kasihi. Perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, tiap-tiap jenis dadah mempunyai tandanya tersendiri. Hubungilah doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sekali-sekali membuat dignosis anda tersendiri. Antara lain tanda penagihan dadah adalah seperti berikut:
  • Perubahan atau kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja., serta kemerosotan mutu kerja, disiplin dan  hasil kerja.
  • Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
  • Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
  • Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya.
  • Rupa paras dan kebersihan diri yang tidak terurus.
  • Tabiat suka menyembunyikan segala yang dilakukan serta dimiliki.
  • Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup. anak mata menjadi kuyu
  • Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap dadah.
  • Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah,
  • Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.
  • Meminta wang secara berlebihan daripada ibubapa.
  • Suka meminjam wang daripada kawan atau mencuri barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara-mara atau kawan.
  • Selalu mengunjungi tempat aneh tanpa sebab seperti bilik stor, bilik kecil di tingkat bawah bangunan    ( untuk mengambil dadah )
  
       
PANDUAN UNTUK REMAJA DAN BELIA



Ketahui bahaya dadah dan jangan sesekali mengambil atau mencubanya



Dekatkan diri dengan ajaran agama

Elakkan berkunjung ke tempat yang boleh mendedahkan kepada perkara negatif

Katakana TIDAK kepada sebarang ajakan negatif

Guna alternatif yang sihat untuk mengubati kebosanan

Berbincang dengan mereka yang bertanggungjawab sekiranya ada masalah

Pilih rakan yang berwawasan





















 
          
          
          

          
          
          
          
          
               
          
               



No comments:

Post a Comment